Wednesday, May 4, 2011

Jom membaca...!!!!




Selamat pagi...semoga hari ni luar biasa bagus dan hebat sekali...wahh mcm Dr Tuah pula...tapi bagus lah...sebab ambil motivasi dia untuk memotivasikan diri kita...Dah banyak buku Dr Tuah ni yang aku baca..antaranya...biar betul-betul,nak ke tak nak, membina hati bahagia, membina peribadi anggun, jom ngetop,jom mantop...dan macam-macam lah..dan sememangnya hobi aku adalah membaca...kalau tak dapat baca satu muka surat satu hari..rasa macam tak boleh nak tidur...hehehehe nampak sangat yea...membaca bukan untuk tidur ok....membaca untuk menambahkan pengetahuan....

Walaupun buku motivasi selalu aku baca..tapi kadang-kadang rasa susah nak memotivasikan diri sendiri...attitude kah itu.??..tapi apa pun aku akan tetap terus membaca tanpa jemu.....sebab buku-buku ni lah peneman aku di kala suka dan juga duka.....tapi kebanyakkan orang bila bergembira kadang-kadang susah nak membaca buku - buku motivasi ni sebab rasa dah hyper motivate....selalunya bila rasa bila tengah bersedih tu yang cari buku-buku macam ni sebab low motivate...tu lah yang selalu terjadi...aku pun kadang-kadang sama gak...tapi aku ni pelik sikit, bila aku gembira atau sedih aku lagi excited nak baca buku-buku camni sebab rasa diri di kontrol...ada petunjuk..macam-macam lah...sebab tu aku tak pernah putus-putus nak beli buku Dr Tuah ni...bukan ada share apa pun...tapi ilmu dia berguna untuk orang yang macam aku...maybe untuk korang juga...cuba lah sekali mesti nak lagi...best....lagipun membaca ni kan makanan minda...asyik perut jer kita bagi makan...otak camne kan...apa kata mulai arini kita seimbangkan kedua-duanya...camne??...mesti ramai yang kata YA...tapi sebenarnya tak buat pun...actually membaca ni tak rugi pun...tak nipis pun otak malah membaca ni dapat mengelak dari penyakit nyanyuk....semua orang tahu tu...tak bagitau pun korang dah tau kan...ermmm...whatever lah tepuk dada tanya selera lah ok.....selamat membaca pada semua kawan-kawan yang tersayang....

Monday, May 2, 2011

Setelah sekian lama....



Salam sayang again....






Setelah sekian lama aku pergi meninggalkan blog kesayangan aku ni...tetiba arini aku kembali mencari sesuatu yang hilang...mencari sesuatu yang aku rindui...



Aku tinggalkan blog ni dulu demi mengejar masa depanku....alhamdulillah apa yang aku kejarkan telah pun aku miliki....kini aku kembali mendambakan sesuatu yang satu tika dulu pernah menjadi rutin dalam kehidupan ku.....aku akan kembali....

Friday, March 5, 2010

Salam sayang...pada mula aku rasa tak mahu lagi untuk meng up date blog yang telah lama aku tinggal kan. Tetapi hari ini terpanggil aku untuk mencoretkan sesuatu yang amat aku rindu kan...Sesungguhnya masa itu terlalu emas..bekerja sambil belajar merupakan satu kepenatan yang tak dapat nak digambarkan...selain penat fizikal,mental jua turut merasai nya..Cabarannya terlalu kuat untuk dihadapi..hanya kerana tuntutan itu lah aku terpaksa melepaskan apa yang telah aku lakukan dulu..aktiviti-aktiviti yang yang selalu aku laku kan terpaksa aku tinggal kan demi mengejar sebuah kejayaan yang akan menggubah masa depan..Aku berharap semangat aku tak kan luntur untuk meneruskan perjuangan ini..



Apa yang aku harap sangat aku akan dapat meneruskan coretan- coretan yang dapat menghilang rasa stress yang aku alami..releas lah sikit tension aku....

Friday, May 29, 2009

RINDU SERINDU RINDUNYA.....

Hampir setengah tahun aku menyepi kan diri tetiba hari ni terasa rindu yang teramat sangat pada blog aku ni...Tak tahu nak bercerita apa kerana terlalu sibuk dengan urusan perpindahan tempat kerja ku...Mula mula transfer..alamak boring nya hanya tuhan yang tahu..betapa sukarnya mencari keserasian..tapi berkat kesabaran akhirnya aku berjaya mengatasinya..Kalau diikutkan hati banyak yang aku nak menulis di sini..tentang trip aku bercuti dan perjalan hidup aku yang semakin sibuk...Tanggungjawab bertambah berat sekarang kerana aku telah melanjutkan pelajaran aku ke peringkat yang seterusnya..di samping tugasan aku kepada masyarakat...Inilah salah satu penyebabnya kenapa aku tak pernah on line lagi..kerana bila aku start je meng 'on line' kan diri aku,aku mudah lupa daratan..aku dah tak leh nak buat kerja lain..jadi mcmna dengan assigment yang bertimbun tinggi tu nak siap...Oleh yang demikian terpaksa lah aku mengorbankan salah satu diantaranya...aku terpaksa membuat pilihan yang tepat untuk menjamin masa depan aku...Tapi aku akan tetap meng 'up date' sesekali bila ada masa terluang ataupun rindu yang tak tertahan lagi..kerana disini aku boleh menghilang kan stress yang tak tahu puncanya dari mana...

Kepada kawan kawan yang selalu mengziarahi aku...jangan lah jemu untuk bertandang lagi..lepas habis study insyaallah aku boleh meng 'up date' selalu blog kesayangan aku ni.......

Tuesday, December 23, 2008

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat tahun baru...untuk semua yang umat manusia di dunia ini...Bila kita sebut je tahun baru..macam macam yang ada difikiran kita.Yang paling selalu orang cakap azam baru...azam baru yang di 'foward' kan dari tahun lepas...ye la tu....Cakap je bab azam tahun baru ni...aku pun tak terlepas nak berazam gak,cewahh...harap harap menjadi lah..aku berazam nak tukar kereta baru jugak jugak tahun ni...nak dapatkan rumah sendiri yang di daftarkan atas nama aku dalam tahun 2009 ni...walaupun aku tau yang gaji aku ciput je..aku tak kira biar lah tahun ni makan pasir ke makan daun kayu ke aku tak kira...aku nak jugak semua tu...biar lah tak lepas loan goment aku,aku tak kira aku dah nekad sangat dah ni...dah tak boleh nak sabar sabar lagi dah...kalau boleh meletup biar meletup PC korang semua yang baca..jangan PC aku dah le...aku dah tak de duit dah nak beli baru...makan pun dah kena kemut sekarang..harap je dapat bonus...sekelip mata habis duit tu.....Dan azam tahun baru yang paling susah aku nak buat bagi tiap tiap tahun dan azam yang telah aku foward foward kan dari tahun ke tahun ialah SAVING....Kenapa lah duit aku susah sangat nak beranak dalam bank tu...aku dah campur kan jantan betina nya dalam tu...beranak pinak lah wahai duit..boleh aku beli rumah besar cikit...he he he..
Tahun baru dah dekat banyak kerja yang tak settle dalam tahun ni..serabut kepala..tapi aku bersyukur separuh dari apa yang aku nak berlaku dalam hidup aku, berlaku dengan jayanya...Hutang hutang semua dah settle dalam tahun ni...Tahun depan aku akan hidup dalam keadaan yang bebas tanpa hutang kecuali hutang yang bakal aku buat tak lama lagi..tak pe hutang ni aku sanggup tanggung...semoga tahun yang bakal menjelma tak lama lagi akan membawa seribu erti kepada hidup kita...Biar debu debu yang berterbangan hari ini bertukar menjadi permata di episod hidup kita yang akan datang...Jangan jadi seperti virus Chikungunya yang datang tak dapat dikesan,dan hilang nya memakan masa...

Tuesday, September 16, 2008

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....Dah lama rasanya tak masuk blog sendiri,bukan ape keterbatasan masa amat lah disesali...apa pun aku tak kan lupa pada blog aku yang satu ni..maklumlah satu satunya benda yang paling aku rindui..inilah..Rasa macam baru jer semalam kita berpuasa tut..tut..dah nak raya,cepat betul per edaran masa. Apa pun untuk korang semua yang selalu masuk blog aku walaupun aku dah tak update hampir berbulan bulan lamanya, aku ucapkan ribuan terima kasih dan aku mohon maaf atas ketidak update kan blog aku sendiri...

Sebenarnya aku rindu bangat ngan korang sume...rasa sepinya hidup tanpa korang...cewahh..tapi bagi aku raya tahun ni cukup bermakna, yelah dapat beraya dengan orang yang tersayang...Berakhir sudah pencarian aku selama ini..dengan bulan yang mulia ini lah aidilfitri penamat semua kisah suka duka yang pernah aku lalui..Aidilfitri..bulan yang yang mulia...


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin...Jemput lah datang kerumah raya nanti....Yahooo raya nanti aku dapat cuti...dalam sejarah tul lah..

Wednesday, August 20, 2008

I'M HERE

Hari ni aku kembali setelah lama menyepi...bukan sibuk bukan merajuk tapi sekadar membawa hati yang lara...setelah lama mencari identiti diri dan kekuatan hidup..kini aku bangun dengan berani nya untuk menempuh banyak lagi rintangan dan dugaan yang tak akan pudar dalam hidp aku...aku tak tahu kenapa aku di uji dengan sebegini sesungguhnya aku adalah insan yang lemah...aku perlukan kekuatan dan semangat baru semangat yang tak kan hilang...