Saturday, May 31, 2008

"Aku Makan Hanya Separuh Saja"

Di riwayatkan bahawa pada satu ketika, Nabi Sulaiman a.s bertanya pada seekor semut. "Berapakah rezki kamu dalam setahun?" Semut menjawab, "sebutir biji gandum".
Maka Nabi sulaiman a.s pun mengambil semut itu dan diletakkan didalam sebuah botol bersama sebutir biji gandum. Nabi Sulaiman a.s menutup botol tersebut dan meninggalkannya di suatu tempat. Genap setahun Nabi Sulaiman a.s membuka botol tersebut dan terkejut apabila melihat semut itu hanya memakan separuh sahaja biji gandum itu...



Nabi Sulaiman a.s pun bertanya " Mengapa engkau makan separuh sahaja biji gandum ini? Kenapa tidak habis semuanya?"
Semut pun menjawab; Kerana tawakal ku selalu kepada Allah, maka aku memakan sebutir biji gandum . Aku yakin kepada Allah. Dan Allah tidak pernah lupakan ku. Tetapi sekarang tawakal ku kepada mu maka aku makan separuh sahaja. Aku berkata dalam hati, jika Nabi Sulaiman a.s melupakan ku tahun ini, aku boleh makan separuh lagi pada tahun berikutnya.


Petikan kali ni, aku ambik dari mastika keluaran Jun 2008...kenapa aku copy and paste sebab aku rasa menarik sangat petikan ni untuk orang orang macam aku berfikir...dan aku nak kongsi moral cite ni dengan korang semua...tak salah kan sekali sekala kita biar otak kita berfikir, baru lah neuron neuron kat otak kita aktif tak tidur..so kita boleh lah cegah orang orang kita dari penyakit nyanyuk...Argghhh...membebel lak aku ni...tapi itu lah hakikatnya...

Tapi bila aku fikir balik, fikir dalam sedalamnya, ada ke semut ni makan hanya separuh jer...yang aku tau sekali semut tibai kek keju aku..habisss..hancurrr...buat aku hangin jer...kalau lah semut semut ni makan separuh jer macam cite kat atas tu..aku lah manusia paling untung..coz tak payah lah aku buang kek aku tu...membazir jer...Ape ape pun semut ni tetap makhluk tuhan macam aku dan korang jugak.....

Friday, May 23, 2008

Mengapa Wanita Cantik Suka Menangis








Wanita Cantik yg suka Menangis...
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu" "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya
" tempat dimana cinta itu ada."
Kirimkan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!
Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki,
supaya mereka sedar dan ingat akan
kecantikan wanita mereka yang azali..
bukan pada kecantikan luaran semata-mata
Selami lah hati wanita mu.. dan
ingat lah... Setiap Wanita itu Cantik.

Ini adalah petikan yang seseorang titipkan untuk aku..mungkin bagi korang, korang dah selalu sangat baca atau dengar tapi bagi aku petikan ini amat berharga kerana.....ianya adalah pemberian seseorang yang begitu berharga buat diri aku....tapi aku nak kongsi dengan korang semua...biar korang pun boleh titipkan untuk sesiapa sahaja yang korang suka..hehe...

Monday, May 19, 2008

Kasut Baru


Kasut baru aku ni, aku beli sebelum aku pergi ke Langkawi hari tu..Ingat start minggu baru ni, aku nak pakai untuk buat kerja lah...bersemangat waja aku, biarpun murah asalkan comel aku kira ok jer...Time drive nak g keja aku tak pakai kasut..coz aku lebih selesa dengan slipar jer..aku rasa kebanyak kan orang pompuan macam aku gak...bila sampai je kat tempat keja..aku terus tukar pakai kasut baru..semangat beb...bila aku pakai tak sampai je 5 minit kaki aku dah rasa sakit..rasa macam melecet jer...tapi aku buat bodoh jer..yelah kawan kawan puji...cantik kasut..beli kat mana tu..wah bertambah tambah panjang lah kaki aku..ingat senang ker diorang nak puji aku..pada hal kaki aku sakit nak mampus sioot tul lah...tu lah aku degil..bila adik aku suruh gigit kasut tu aku tak nak..ada lak dia cakap " ko gigit lah kasut tu dulu sebelum dia gigit kaki ko" aku lak masa tu eksyen lebih jeling jer kat dia...aku tau lah dia jeles ngan aku sebab dia pun nak beli kasut baru gak tapi mak aku tak kasi...hehe padan muka ko...
Tapi tu lah degil sangat...sekarang padan muka aku lak..nak buat keja pun susah...kasut baru lah katakan..tapi aku ni memang yang jenis degil..aku tetap nak pakai jugak..biar sampai kembang..bila dah kembang baru aku bole beli kasut yang lain pulak....biar koleksi kasut putih kat rumah aku bertambah tambah...
Moral dalam cite ni...kalau beli kasut baru..korang gigit lah dulu kasut tu..baru kasut tu tak berani nak gigit kaki korang...

Ketupat Daun Palas

Kalau tengok ketupat sure teringat rendang...bila ketupat dan rendang bermain main di minda teringat pulak aku pada hari raya..tapi mak aku ni pantang nampak daun palas..nampak jer mesti nak buat ketupat...zaman sekarang ni susah nak cari orang perempuan yang pandai simpul daun palas..hehe..termasuk lah aku..makan pandai lah...mak aku ni bab makan tak payah tunggu musim...rasa nak makan ketupat..dia tolong buat kan nak makan ni nak makan tu...order jer..hehe kalau lah mak aku baca entri ni sure lepas ni makanan aku kena sita...ampun makkk...bukan selalu nak manja manja mcm ni...
Aku bercerita bab ketupat ni bukan apa...cuma aku nak bagi tau..bertapa seni nya orang orang yang pandai buat ketupat ni...termasuk lah ketupat yang anyam anyam tu...alamak nampak sangat lah yang aku ni tak terror dalam bab mcm ni...Aku ni pelik sikit..kalau korang semua makan ketupat dengan rendang..kari daging ker..aku lak lain aku suka makan ketupat dengan buah durian...tu yang mak aku selalu buat ketupat tak kira musim tu...kalau musim durian..tetiba jer mak aku buat ketupat..tahu lah aku yang di buat ketupat tu untuk aku....hehe...i love u so much mum...walaupun aku tak suka sangat makan ketupat...tapi aku makan jugak untuk mak aku yang tercinta....

Pulau Langkawi



Ini adalah mercu tanda bila kita sampai di Tanjung Rhu...memang menarik sangat...

Minggu lepas aku berlayar ke Langkawi...bila aku nak bercerita bab Pulau Lagenda ni teringat aku pada entri Sipunat...ko pun pegi Langkawi jugak ker..apsal tak jumpe aku pun..hehe...tak jumpe pun tak pe sebab aku pergi atas urusan 'kerja'...Lama aku tak pergi ke Langkawi..biarpun Pulau Langkawi tu terletak di negeri tumpah darah ku..aku rasa dah hampir 5 tahun aku tak jejak kaki ke sana...last aku pergi time LIMA 03..tu pun sebab kena standby kat sana..kalau tak..tak sampai juga lah...apa pun Pulau Langkawi memang pulau yang indah...tambahan pula aku amat suka kan laut atau pun pantai...rasa macam tak nak balik jer...kat sana aku tak sempat snap banyak gambar lah...sebab hujan yang menggila... Gambar kat atas ni masa aku katTanjung Rhu..sempoi...bole cuci mata kat sana...





Masa aku snap gambar sampan ni..ada orang dalam sampan .. aku nak tangkap tapi rasa macam takut kena penampar jer...bila aku tengok dia tunduk cepat cepat aku tangkap..pastu aku buat bodoh jer...



Tugu kemegahan Pulau Langkawi...bila lah helang ni nak terbang...nak tunggu ada sumpahan baru kot...




Ni adalah di antara tiket tiket yang naik harga.....aku harap aku akan dapat berlayar lagi ke sana bila terasa rindu pada burung helang yang tak bole terbang tu....

Friday, May 16, 2008

KEDAMAIAN YANG HILANG




Warghh...lamenya aku menyepi...rasa rindu yang teramat sangat kat blog aku ni...jari jemari aku ni dah gatal sangat nak menaip semula...sesungguhnya aku manusia biasa yang tak lari dari komitment hidup yang lain..aku ingat aku boleh beri masa yang banyak untuk blog aku ni,ternyata tanggapan aku salah...tapi takpe...hari ni..aku disini..untuk meneruskan cerita cerita tah hape hape aku..hehe..

Kehidupan yang bahagia menjanjikan kegembiraan yang berpanjangan..Kedamaian merupakan salah satu faktor kebahagiaan..hilangnya damai dihati maka gundah gulana lah hidup
Cewahh...berpuitislah pulak aku ...aku nak berjiwang karat pulak...sebenarnya aku tak suka perasaan ni..jiwa kacau beb..Sebab aku ni yang jenis happy go lucky..tapi tetiba je hari ni rasa macam kedamaian dihati aku hilang..sape yang curi ek..rasa rindu,rasa sepi,kosong,sunyi..Arghhh..kacau!!!! Apa yang sedang berlaku pada aku hari ni.."oit..bangun bangun cari semula hati ko yang hilang tu.." jerit hati ku sendiri..eh..cakap sorang sorang lak aku ni...sakit kepala bila perasaan ni datang..macamne lah aku nak hilang kan perasaan ni..aku perlukan bantuan dan juga rawatan ke..??Psychoterapist..kaunselor..doktor..arghh..tak perlu semua tu..just relaks je..tenangkan fikiran,busy kan diri, kawal emosi..then jangan biarkan fikiran melayang layang..fokos pada kerjaya..haaa kan dah ok..boleh jadi therapist lah aku ni..contoh yang paling nyata jadi kan diri sebagai bahan uji kaji baru boleh tahu berkesan ke tak..aku dah pun kembali ke jalan yang asal..dah tak sesat lagi dah..
Sebenarnya bagi aku tak salah kalau nak berangan angan sekejap..tapi jangan sampai lupa diri dah ler..tak salah kan kalau kita merindu orang yang rindukan kita dan tak juga pelik kalau semua yang berlaku pada aku hari ni boleh terjadi pada korang semua..tah tah ada orang cuba ketuk pintu hati aku kot...Iye ker..??????ishh..ishh susah ni..macam citer hindustan lah pulak..

Thursday, May 8, 2008

Kereta bapak ku ditunda


Hahaha...ni lah rupa kereta kancil bapak aku yang kena tunda..sumenya gara gara aku...dah lah naik keta bapak aku..eksiden lak tu...masa tu aku rasa macam nak gugur jer jantung aku..yelah...aku ingat aku dah langgar orang..rupa rupa nya aku langgar motor orang yang eksiden tu..siot...nasib baik motor tu langgar dengan kancil lain kalau tak mampus aku..ape tak nye...pemandu dengan pemboceng motor tu meninggal...kecut perut aku di buat nya...dah ler time maghrib..aku lak baru keluar rumah ontheway nak pegi keje,jadi lak macam ni...kena buat report lah..keta lak kena tahan kat balai...yang paling suspen nya bapak aku lah..bila aku call jer rumah,aku bagitau yang aku eksiden..dia terus jer datang dengan adik aku kat tempat kejadian tu..bila dia tanya orang..."motor ni eksiden dengan ape"...orang ramai lak jawab.."eksiden dengan kancil"..bila bapak aku tanya lagi.."mana kancil tu"..diorang cakap.."tu haaa..ada dalam sungai"..menggigil bapak aku masa tu..teringat kan aku anak pompuan dia sorang...dah masuk sungai dengan keta keta sekali...nasib baik lah adik aku ada..sempat dia call aku tanya aku kat mana...rupa nya aku berhenti kan keta aku kat depan cikit, jauh dari orang eksiden tu...habis keta bapak aku...bumper depan pecah..tayar bukan pancit lagi tapi pecah..pintu depan boleh buang buat kipas..sian bapak ak.. sayang gak dia kat aku...hehehe...

Hari yang menyedih kan....


Hari ni merupakan hari yang agak menyedihkan..yelah di awal pagi lagi aku terpaksa membungkus satu lagi body...kalau awal awal pagi dah kena bungkus mayat ni..sure sepanjang hari tu aku akan muram sikit...ye lah aku memang terlalu biasa membungkus body ini.. terlalu sangat biasa,tapi aku cukup sedih kalau body yang aku bungkus tu sebelum ni boleh bergelak tawa dengan aku tetiba...aku lak yang kena bungkus body dia...sadis sangat...Bercakap pasal orang dah meninggal ni aku teringat satu kejadian yang aku tengok dengan mata kepala aku sendiri..mcm citer kat tv tu..kalau dalam tv kita selalu tengok drama drama yang menyayat hati..rupanya aku pun tak terlepas tengok citer mcm secara real...mana tak nya..aku tak tahu ape salah uncle sorang ni masa zaman dia sihat dulu,zaman kegemilangan dia..sampai bila dia sakit takde sorang pun sedara yang datang tengok dia...apa yang aku tahu dia kaya dulu...kaya dengan wang ringgit...tapi aku tak tahu mana pergi sume duit duit dia...dia ada ketumbuhan yang besar dekat leher sebelah kiri..rupa ketumbuhan tu macam bunga kobis yang buruk lagi busuk...hari hari aku tengok dia...dan dia hari hari panggil nama anak dia..dekat sebulan aku tengok dia..dia ok jer... ketumbuhan tu pun tak lah busuk sangat..tapi seminggu terakhir sebelum dia meninggal..aku nampak begitu terseksa..gasping nya menjadi jadi..macam orang yang nak habis umo..tapi keadaan yang sebegitu berlanjutan sampai seminggu...bertapa terseksa nya dia...dan apa yang paling menyedihkan aku..saat saat malaikat maut datang menjemput nya...berpuluh puluh ekor ulat keluar dari ketumbuhan nya dan berpuluh puluh ekor lalat datang menghurunginya,ape yang menjadi tanda tanya dari mana datangnya ulat dan lalat itu..sedangkan dia ditempatkan di bilik penghawa dingin yang bertutup rapat..tak mungkin ada serangga seperti itu..nauzubillah..menitis air mata aku...untuk pertama kalinya aku menitis kan air mata untuk mayat yang bukan dari bangsa ku dan agama ku...bertapa insafnya aku terhadap kebesaran illahi..ape yang aku dengar dari anak nya..dia banyak dosa pada isteri dan keluarganya..aku ada gambar body ni..tapi aku tak tergamak nak kongsi dengan korang sume..kerana ia terlalu daif dan aku masih menghormati mayat si mati...pagi tadi dibilik yang sama dan di katil yang sama seorang lagi hamba ALLAH pergi menghadapnya...dan aku juga yang membungkus mayatnya...aku tak tahu bila dan sape pulak yang akan membungkus mayat ku nanti...semoga mereka mereka yang pernah merasa bungkusan tangan ku di tempatkan di tempat yang paling tinggi di sisi ALLAH...

Sebenarnya kita tak berhak menghukum sesape pun di dunia ni..kerana kita hanyalah manusia biasa..dan tuhan tak akan tunggu sampai hari pembalasan untuk menghukum sesorang hambanya...

Wednesday, May 7, 2008

Manusia Besi



Ni lah manusia yang aku terpaksa mengadap hari hari..mula mula gerun tapi bila lama lama best lah pulak..bukan senang nak gentil kat orang mcmni..hehe..bunyi mcm kejam jer tapi tak lah..untuk kebaikkan sebenarnya..kalau tak... ingat senang ke diorang nak sembuh..tanpa tenaga mcm aku orang orang mcm diorang ni tak tentu lagi boleh bangun berjalan..hehe..masuk lif tekan sendiri lah pulak...ni lah akibatnya kalau naik motor laju laju...ni kira sikit lah,ade yang lebih teruk dari ni pun ade..tapi aku kesian sebenarnya kat manusia manusia besi ni..bukan ape..sakit sebenar nya pasang besi ni..tambah tambah bila time hujan atau sejuk...kita yang normal ni siap berbungkus selimut tapi diorang manusia besi ni berpeluh peluh menahan sakit..kesian sangat aku tengok..tu tak bangun berjalan lagi..bertongkat bertempang sume ada,tapi aku dalam kategori lembut hati..aku cepat tersentuh dengan orang orang mcmni...aku harap harap sangat tak akan terjadi pada aku ataupun pada orang orang yang aku sayang....

Kebun Sayur Belakang Rumah ku


Haa..kalau korang nak tahu ni lah kampung aku..sungguh pun aku di lahirkan ditempat yang kaya dengan padi..tapi belakang rumah aku kebun sayur...berekar ekar luas nya kebun sayur cina kat rumah aku ni..lepas kebun sayur ni baru korang boleh tengok sawah padi..ni lah tempat aku bermain masa kecik kecik dulu..bila time kemarau..kitorang boleh main askar askar lagi di sebalik batas batas sayur ni..tak terkejar apek sayur dengan kitorang..otai otai yang selalu membuli kengkawan ni abang abang aku lah..bila time apek sayur ni tanam kacang panjang lagi best...bila apek sayur nak tanam kacang panjang dia akan pacak kayu kayu atas batas batas sayur tu..haa..masa ni lah kitorang main askar askar..best sangat bila aku teringat zaman kanak kanak dulu..bila dah besar panjang macam ni aku duduk belakang rumah aku sambil merenung jauh kebun sayur ni,aku akan tersenyum sendiri..sesekali bila aku tertoleh kat apek sayur tu rasa bersalah.. kesian pun ada, sampai sekarang dia dengan kebun sayur nya..dah bongkok rupa nya apek sayur belakang rumah aku....dan semakin dewasa lah aku...

Kucing Yang Sesat



Nilah rupa nya kucing yang sesat di rumah aku then tak reti reti nak pergi tempat lain...macam best sangat lepak kat rumah aku..yang geram nya..kucing ni malas benar..bila aku bagi dia makan,dia buat bodoh jer..bila aku letak makanan tu tepi mulut dia baru dia bangun nak ambik makanan tu..siot jer kucing ni...yang aku hangin sangat satu hari tu..aku kesian kat dia sebab aku tengok dia tak makan makan... aku pun ambik nasi letak ikan sikit bagi dia makan..bila datang je kucing lain dia berundur, tengok jer kucing lain makan..penakut betul...nasib baik dia tak pernah buang air merata rata sebab tu lah aku boleh bertahan dengan kucing sesat lagi malas ni..aku pernah cakap kat bapak aku yang aku nak bela jer kucing ni..tapi bapak aku cakap nak bela hape..tengok cicak pun takut...macamne lah kalau tengok tikus..tapi tu lah aku ni degil semakin hari semakin sayang lak aku kat kucing malas ni...

Aku Dan Blog

Seronok rasanya bila kita ada blog sendiri..sebabnya aku bukan kategori minah diari tapi suka sgt nak luahkan perasaan, nasib baik lah aku dapat berkenalan dengan sesorang yang boleh lah katakan pandai dalam dunia internet..dia banyak tolong aku dalam buat blog ni..tima kasih sifu hehehe...
Ape yang menarik nya tentang aku ni...aku di lahir kan nun jauh di utara tanah air..aku jenis manusia yang hidup berdikari, tambah lak dalam keje aku..aku cukup tak suka kalau ada orang sibuk dengan keje aku..sebab aku nak enjoy dengan kerjaya aku..
Dengan adanya blog sendiri ni,aku rasa hepi ngat..yelah selama ni aku duk cakap sorang sorang..tapi bila dah ada blog ni aku bole kongsi ngan korang sume ape yang aku cakap sorang sorang tu hehe..bukan psyco..tapi nak luahkan perasaan jer...

Monday, May 5, 2008