Saturday, May 31, 2008

"Aku Makan Hanya Separuh Saja"

Di riwayatkan bahawa pada satu ketika, Nabi Sulaiman a.s bertanya pada seekor semut. "Berapakah rezki kamu dalam setahun?" Semut menjawab, "sebutir biji gandum".
Maka Nabi sulaiman a.s pun mengambil semut itu dan diletakkan didalam sebuah botol bersama sebutir biji gandum. Nabi Sulaiman a.s menutup botol tersebut dan meninggalkannya di suatu tempat. Genap setahun Nabi Sulaiman a.s membuka botol tersebut dan terkejut apabila melihat semut itu hanya memakan separuh sahaja biji gandum itu...



Nabi Sulaiman a.s pun bertanya " Mengapa engkau makan separuh sahaja biji gandum ini? Kenapa tidak habis semuanya?"
Semut pun menjawab; Kerana tawakal ku selalu kepada Allah, maka aku memakan sebutir biji gandum . Aku yakin kepada Allah. Dan Allah tidak pernah lupakan ku. Tetapi sekarang tawakal ku kepada mu maka aku makan separuh sahaja. Aku berkata dalam hati, jika Nabi Sulaiman a.s melupakan ku tahun ini, aku boleh makan separuh lagi pada tahun berikutnya.


Petikan kali ni, aku ambik dari mastika keluaran Jun 2008...kenapa aku copy and paste sebab aku rasa menarik sangat petikan ni untuk orang orang macam aku berfikir...dan aku nak kongsi moral cite ni dengan korang semua...tak salah kan sekali sekala kita biar otak kita berfikir, baru lah neuron neuron kat otak kita aktif tak tidur..so kita boleh lah cegah orang orang kita dari penyakit nyanyuk...Argghhh...membebel lak aku ni...tapi itu lah hakikatnya...

Tapi bila aku fikir balik, fikir dalam sedalamnya, ada ke semut ni makan hanya separuh jer...yang aku tau sekali semut tibai kek keju aku..habisss..hancurrr...buat aku hangin jer...kalau lah semut semut ni makan separuh jer macam cite kat atas tu..aku lah manusia paling untung..coz tak payah lah aku buang kek aku tu...membazir jer...Ape ape pun semut ni tetap makhluk tuhan macam aku dan korang jugak.....

4 comments:

*SiRibenMerah said...

yeahh..
baru je baca mastika citer pasal semut neh ngan nabi Sulaiman..
tetiba terasa insaf kan.. hiksss =P

Fizza said...

Ye lah...saya baca mastika tu time saya hadiri satu kursus..rasa ngantuk sangat sangat..tapi bala baca artikel ni rasa macam bersemangat jer.

Sipunat said...

Moral dari citer ni..makanlah kek separuh jer separuh lagi bagi kat semut...huakaka

Takdelah.. sebenarnya kita kena sentiasa beringat dalam sesuatu perkara, dan sentiasa berjimat cermat untuk menghadapi masa masa sulit kita..

kuIna said...

alamak aku br picit seekor semut... cian lak makluk tuhan tu